Wednesday, 28 November 2012

PERBEZAAN RUMPAI LAUT GRED AAA DAN AA

RUMPAI LAUT GRED AAA (PURPLE)

RUMPAI LAUT GRED AA (KUNING)


PERBEZAAN ANTARA GRED AAA & GRED AA

~~GRED AAA~~
1) Diproses semulajadi panas matahari 
2) Diproses 1x saja 
3) Khasiat lebih tinggi
4) Masih ada garam laut
5) Masih berbau kerana 1x proses
6) lebih tggi antioksidannya

~~GRED AA~~
1) Diproses secara Stim
2) Diproses 3x
3) Kurang dr gred aaa
4) Kurang garam
5) Kurang bau sebab banyak kali proses
6) kurang anti oksidannya



SELAIN DARIPADA ITU!!!!

Perbezaan di antara RUMPAI LAUT UNGU DAN RUMPAI LAUT PUTIH adalah ANTIOKSIDA

Perbezaan kandungan rumpai laut ungu dan yang putih dikatakan memiliki bahan antoksida pada rumpai laut yang berwarna ungu. Ini kerana dari pembawaaan warna pigment ungu. apa tu ANTIOKSIDA ?......


ANTIOKSIDA


Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat 
menimbulkan tekanan oksidatif.
Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.

TUBUH LEBIH TAHAN SERANGAN PENYAKIT

Kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. 



MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
Ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet. 



PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima. 



MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas. 




Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan



KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.



Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.



Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.



Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.

No comments:

Post a Comment